Kalau dalam konteks anak muda, kebiasaannya kesesakan lalu lintas, ada pemandu tidak berhemah memotong sesuka hati ataupun perkhidmatan lambat membuatkan orang muda lekas ‘naik hantu’. Tidak menariknya, mereka mudah mengeluarkan kata kesat dan ada sebahagiannya yang melepaskan rasa marah dengan perlakuan fizikal.
Belum lagi insiden di kedai makan atau restoran mamak yang ada kalanya lewat mengambil pesanan makanan atau tersalah menyediakan makanan yang diminta, ia bagai sudah tradisi membuatkan ramai anak muda cepat melenting dan memarahi ‘ane’ yang bertugas.
Terdapat langkah-langkah yang boleh kita ketahui untuk mengawal perasaan marah yang sering kali menguasai diri.
Pertama sekali, apa kata kita rasakan apa yang orang lain rasakan. Cuba bayangkan bila anda marahkan orang lain. Kemudian letakkan kedudukan orang itu sebagai anda. Bagaimana rasanya bila dimarahi. Jika kemarahan itu hanya untuk mendidik dan memberikan manfaat, tidak mengapa. Tetapi jika marah tanpa usul periksa, tentu anda dapat rasa sendiri.
Kedua, tenangkan hati. Jika sedang marah alihkan perhatian pada perkara yang anda suka dan boleh lupakan segala apa yang sudah terjadi. Tempat yang sunyi dan nyaman seperti taman, pantai, kebun, ruang santai dan sebagainya, mungkin boleh menjadi tempat yang sesuai bagi anda.
Ketiga, mencari kesibukan. Bagi melupakan kejadian yang membuatkan emosi marah semakin memuncak. Anda perlu mengalihkan amarah dengan melakukan sesuatu yang menyenangkan.
Malah dapat membuatkan anda melupakan masalah yang dihadapi itu. Contoh seperti mendengar muzik, main permainan video, bermain gitar, membaca buku, menulis artikel dan menonton wayang. Hindari perbuatan bodoh seperti merokok atau gejala sosial lain.
Keempat, luahkan perasaan yang terpendam. Menceritakan segala sesuatu yang terjadi pada diri yang sedikit sebanyak dapat membantu kurangkan beban dalam hati seseorang. Namun diingatkan, jangan luahkan pada orang yang tidak boleh dipercayai untuk menjaga maruah peribadi anda.
Kelima, mencari penyebab dan jalan penyelesaian. Ketika fikiran anda hampir tenang, cuba cari sumber permasalahan dan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Lebih mudah gunakan secarik kertas kosong dan sebatang pen untuk menulis senarai masalah yang dihadapi dan jalan keluar bagi mengatasi masalah itu.
Keenam, berfikir dengan lebih rasional. Sebelum marah kepada orang lain. Cuba fikirkan dulu apakah dengan masalah berkenaan anda layak marah pada suatu tingkat kemarahan. Kadang-kadang ada orang yang ditengking oleh orang lain jadi marah lalu menegur dengan kasar dan bergaduh.
Ketujuh pula, tentukan tujuan dan impian dalam hidup. Semakin banyak impian hidup anda, maka semakin banyak hal yang perlu anda raih dan kejar mulai saat ini. Tetapkan impian dan angan hidup anda setinggi mungkin namun dapat dicapai apabila dilakukan dengan serius dan kerja keras.
Ini akan membuatkan hal-hal remeh tidak akan menjadi penting kerana anda terlalu sibuk dengan impian masa depan. Bagi anda mengikuti nafsu marah bererti membuang waktu yang sangat berharga.
Terakhir, jangan terlalu mengikut perasaan marah. Orang yang mudah marah dan membuatkan orang di sekeliling rasa kurang aman adalah suatu yang tidak baik.
Kehidupan sosial orang lain akan terjejas. Jadi ikrar dalam diri untuk tidak mudah marah. Santai saja dan abaikan terhadap sesuatu yang tidak penting. Anggap kemarahan sebagai musuh besar dan jika perlu mintalah bantuan orang lain untuk mengatasinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan