Pada hari ini umat Islam ditindas oleh
golongan-golongan yang membenci Islam. Ini kerana umat Islam tiada
kekuatan. Apa yang dimaksudkan dengan kekuatan? Kekuatan akan kita
perolehi sekiranya kita menguasai semua bidang. Katakan sahaja apa jenis
bidang, sains, teknologi, perubatan, ketenteraan, politik, ekonomi, dan
lain-lain, negara-negara Islam berada di tangga yang terbawah.
Apakah punca kepada semua ini? Imbas kembali sejarah, umat Islam pernah menguasai 2/3 dunia. Umat Islam mempelopori ilmu sains, matematik, perubatan, fizik dll. Siapa sahaja yang tidak kenal akan saintis-saintis Islam, Ibnu Sina (Avicenna), Ibnu Rusyd (Averroes), Al-Jabar (Algebra) dan lain-lain lagi yang mana ilmu mereka telah dicuri oleh orang-orang barat. Kita adalah umat yang hebat pada suatu masa dahulu, tetapi Allah telah menarik kembali semua kekuatan tersebut, kerana umat Islam telah berpaling dari mengamalkan Islam.
Ingatlah kata-kata Umar Al-Khattab r.a. “Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan ISLAM.. Dan sekiranya kita mencari kemuliaan, dengan cara selain daripada cara yang telah Allah muliakan kita dengannya (yakni Islam), nescaya Allah akan MENGHINA kita.” Jelaslah Islam adalah jalan utama untuk kita kembali kuat. Maka adalah perlu untuk kita kembali mengamalkan Islam sebagai cara hidup kita.
Kekuatan Ekonomi
Dalam
masa yang sama, kita juga perlu berusaha untuk meningkatkan
kekuatan-kekuatan fizikal kita. Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha
membuka Konstantinopel, disamping membina ketaqwaan dan kekuatan iman
tentera-tenteranya, beliau juga telah mengumpulkan semua tenaga-tenaga
pakar dan para profesional, untuk membina strategi menewaskan musuh.
Antara kekuatan fizikal yang perlu kita bina ialah kekuatan ekonomi. Umat Islam hari ini tidak memiliki kekuatan ekonomi. Ekonomi dunia hari ini, dikuasai oleh golongan kuffar. Mereka sangat kuat sehinggakan barangan-barangan mereka menjadi sesuatu yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Contohnya, Syarikat Perisian Intel, barang-barang bayi Johnson & Johnson, telefon bimbit Nokia dan lain-lain lagi, adalah milik Amerika yang membantu Yahudi. Apabila dikeluarkan fatwa yang menyuruh kita memboikot mereka, kita tidak mampu melakukannya kerana kita tidak ada alternatif.
Sekiranya umat Islam memiliki kekuatan ekonomi, kita akan mampu untuk menguasai ekonomi dunia dan dalam masa yang sama kita akan dapat membantu perjuangan Islam. Umat Islam yang dilanda bermacam-macam masalah pada hari ini hanya akan dapat diselamatkan dengan meningkatkan kembali keimanan serta kefahaman Islam mereka iaitu melalui usaha dakwah. Ia memerlukan kepada sumber kewangan yang kukuh. Maka jalan yang terbaik ialah dengan membina kekuatan ekonomi umat Islam.
Muslim Kaya
Apa
yang saya maksudkan dengan “Muslim Kaya” ialah “muslim sejati yang
memiliki kekayaan”. Mereka inilah yang akan membantu meningkatkan status
ekonomi umat Islam dan dalam masa yang sama diredhai oleh Allah swt.
Mungkin pada masa kini, ada juga orang-orang muslim yang kaya (walaupun
tidak ramai), tetapi tidak semua mereka itu mengamalkan Islam dengan
sepenuhnya.
Muslim Kaya yang kita mahukan ialah seperti mereka dari golongan sahabat-sahabat Nabi, antaranya Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Bin Affan dan Abd. Rahman bin ‘Auf. Mereka ini adalah sahabat Nabi (diakui keimanan mereka), memiliki kekayaan dan menyumbangkan harta mereka untuk perjuangan Islam. Inilah dia yang saya maksudkan “Muslim Kaya” memberi natijah “Islam Kuat”.
Secara ringkasnya bolehlah saya simpulkan di sini, “Muslim Kaya” memiliki beberapa ciri-ciri berikut :-
1. menunaikan perintah Allah
- menunaikan solat, zakat dan rukun Islam yang lain.
- menjaga hak-hak ahli keluarga, jiran tetangga
- berlaku adil, dll.
2. menjauhi larangan-Nya.
- tidak makan rasuah
- tidak ambil riba
- tidak berjudi
- tidak menipu
- tidak minum arak, dll.
3. beramal soleh
- bersedekah dan amalan-amalan sunat yang lain.
- berdakwah
- menyumbangkan harta untuk perjuangan Islam, dll.
4. berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi
- dalam kerja seharian
- dalam perniagaan yang dilakukan
- dalam strategi kewangan
- menambahkan ilmu yang boleh membantu kerjaya
- memperbaiki mutu kerja setiap hari
- tidak malas atau ponteng kerja
Kredit: muslimkaya.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan