Model baru SUV itu pertama kali dipamerkan pada Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2013) yang mana ia merekodkan 100 tempahan dan model itu dijangka terus mendapat sambutan pelanggan tempatan bersandarkan rekaan dinamik serta ciri inovatif.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George, berkata syarikat meletakkan sasaran jualan 100 unit sebulan bagi model SUV baru ini di Malaysia kerana sambutan memberangsangkan selepas pelancaran di Eropah.
Jadi penyumbang utama
“Peugeot 2008 baru akan menjadi penyumbang utama sasaran jualan Nasim sebanyak 7,00 unit tahun ini, lebih-lebih lagi dengan ciri istimewa yang akan membezakannya daripada model SUV lain,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, semalam.
Antara ciri inovatif SUV itu adalah bantuan meletakkan kenderaan dikenali sebagai ‘Smart Park Assist’.
Ia merangkumi sensor depan, belakang dan tepi bagi memudahkan proses meletakkan kenderaan dengan lancar dan selamat.
Selain itu, model itu turut dilengkapi ciri bumbung kaca panorama mewah, rim sukan dengan diameter 16 inci dalam dua tona warna serta rekaan jeriji hadapan ‘chrome’ menegak yang memberikan cita rasa tinggi.
Ciri keselamatan
Peugeot 2008 menggunakan enjin 1.6 Liter VTi yang menghasilkan 122 kuasa kuda dan kuasa tork sehingga 160 Nm dan ia menggabungkan transmisi automatik dengan ciri Tiptronic berta mod sukan dengan laju maksimum 190 kilometer sejam.
Antara ciri keselamatan yang diperkenalkan dengan model itu adalah enam beg udara, Program Penstabilan Elektronik (ESP) yang menggabungkan beberapa fungsi kawalan anti-gelincir (ASR), kawalan kestabilan dinamik (DSC), sistem brek nyah-kunci (ABS) dan bantuan brek kecemasan (EBA) serta fungsi penagihan kuasa brek elektronik (EBFD).
Model itu kali pertama diperkenalkan Peugeot dalam Geneva Motor Show 2013 pada Mac tahun lalu dan ia dilancarkan di Eropah pada Mei tahun sama dengan rekod tempahan 73,600 unit di Eropah sehingga November.
Harga atas jalan (OTR) dengan insurans model itu adalah RM119,588 (Semenanjung), RM121,888 (Sabah) dan RM121,588 (Sarawak). Ia didatangkan dengan warna putih, biru, coklat atau kelabu.

-BeritaHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan