PETALING JAYA – Niat enam lelaki cuba merompak sebuah kedai pajak
dengan menggerudi dinding premis itu bukan saja tidak tercapai malah
kesemua penjahat terlibat ditahan polis dalam kejadian di Sungai Way di
sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 3 pagi itu, keenam-enam suspek pada
mulanya menceroboh masuk sebuah kedai kasut sebelum menggerudi dinding
di premis itu untuk dijadikan laluan ke kedai gambar yang terletak
bersebelahan kedai pajak.
Selepas berjaya masuk ke kedai gambar melalui lubang digerudi
berukuran 50 sentimeter, suspek-suspek kemudian menggerudi pula dinding
di kedai gambar.
Bagaimanapun, nasib kumpulan penjenayah itu malang apabila sistem
penggera yang dipasang di kedai pajak itu berbunyi. Semasa itu, lubang
digerudi sudah hampir siap.
Anggota polis dari Balai Sungai Way yang terletak hanya kira-kira 50
meter dari lokasi kejadian bergegas untuk membuat tinjauan sebelum
menahan semua penjenayah itu yang panik dan mahu melarikan diri.
Jurucakap polis berkata, semasa ditahan semua suspek yang merupakan
lelaki berketurunan Cina dipercayai telah berada di kedua-dua lokasi
tersebut selama satu jam.
Suspek-suspek telah merosakkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai gambar dan cuba mencabut CCTV itu namun gagal.
“Anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Way yang menerima
isyarat bunyi penggera itu telah menghantar pasukan untuk membuat
rondaan.
Kosmo !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan