9 Dis 2013

Ribery pamer aksi terbaik

Artikel ini disiarkan pada : 09/12/2013


Berlin: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery mempamerkan persembahan menakjubkan ketika membantu Bayern Munich melebarkan rekod tanpa kalah Bundesliga kepada 40 perlawanan selepas membelasah Werder Bremen, 7-0 kelmarin. 

Ribery mengukuhkan lagi peluang merebut anugerah pemain terbaik dunia 2013 yang akan diumumkan 13 Januari ini dengan membantu mencipta dua peluang gol dan menjaringkan dua gol pada perlawanan berkenaan.


“Kami semua gembira, tetapi kami perlu terus bermain seperti ini,” kata Ribery ketika juara Eropah itu bersedia untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Manchester City di laman sendiri esok. 

“Pasukan ini ada mentaliti hebat menjadikan keadaan cukup seronok untuk bermain.” 

Kemenangan besar 

Ini adalah kemenangan terbesar kelab di bawah kendalian Pep Guardiola yang berterima kasih kepada pasukan kerana bermain baik. 

“Saya terima kasih kepada pasukan yang bermain cukup baik. ia satu penghargaan untuk bimbing mereka hari ini,” katanya. 
Bagaimanapun rekod kemenangan terbesar di tempat lawan dalam saingan Bundesliga masih bertahan sejak 57 tahun lalu dengan keputusan 9-0, manakala ia adalah kekalahan terbesar Werder di laman sendiri. 

Selain gol Ribery pada minit ke-21 dan 38 penyumbang jaringan lain adalah Assani Lukimy (gol sendiri,m21), Daniel van Buyten (m27), Mario Mandzukic (m60) Thomas Mueller (68) dan Mario Goetze (m90). 


- AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan