LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjelaskan, dia
enggan meneruskan usaha mendapatkan Wesley Sneijder pada musim panas
lalu kerana perancang Inter Milan itu dianggap tidak sesuai mengambil
tempat Paul Scholes.
Sebelum ini, Sneijder telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old
Trafford, namun akhirnya membuat keputusan untuk terus kekal di San
Siro.
Selepas musim perpindahan ditutup baru-baru ini, Sneijder mengakui bahawa dia hampir sahaja menyertai skuad The Red Devils.
Begitupun, Ferguson pula mendedadakan, hanya dua sahaja pemain di
dunia yang mampu mengisi tempat Scholes di bahagian perancang United.
“Sebenarnya Sneijder bukan pengganti yang sesuai kepada Scholes,” kara Ferguson.
“Dia memang seorang pemain yang bagus, tetapi bukan pemain yang kami cari untuk menggantikan Scholes.
“Hanya Xavi dan Iniesta (kedua-duanya pemain Barcelona) yang boleh dibandingkan dengan Scholes,” kata Ferguson. – Agensi
Kosmo !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan