19 Nov 2013

TERKINI! PESTA CARI HANTU DI VILLA NABILA


TERKINI! PESTA CARI HANTU DI VILLA NABILA | Walaupun banyak laman sosial memaklumkan bahawa pihak polis sudah pun menutup kawasan itu kepada orang ramai, namun ianya tidak menghalang dari ratusan orang yang ingin bergelar PENCARI HANTU pergi ke Villa Nabila untuk melihat atau mengalami sendiri kejadian aneh yang dikhabarkan berlaku disana walaupun sahih berita tersebut palsu.

Dah macam pesta admin tengok dengan gelagat mereka yang kononnya berani dan tidak gentar. (maklum la, dah ramai orang hantu pun lari) . 


VILLA+nabilaMereka semua sanggup mengharungi kesesakan lalu lintas dan terpaksa meletakkan kenderaan jauh serta berjalan kaki, dan ramai orang dilihat turut sama berjalan kaki menaiki bukit kecil menuju ke Villa Nabila. Semuanya menyuluh laluan menggunakan lampu dari telefon bimbit.

Tidak dapat digambarkan keadaan sebegitu ramai orang berjalan dalam gelap dan menyuluh ke sana sini seperti mencari dan mengharapkan untuk nampak sesuatu yang misteri dan mistik.
Semuanya memberanikan diri kerana ramai orang di atas, cuma cubaan mereka untuk ke kawasan kolam renang tetapi gagal kerana tangga menghala ke kawasan kolam renang sudah ditimpa sebatang pokok yang tumbang.

- Abgteror








Tiada ulasan:

Catat Ulasan