19 Nov 2013

Bisnes Dunia: Sony jual satu juta PS4 hari pertama


New York: Sony Corp mengumumkan menjual sejuta unit konsol permainan barunya PlayStation 4 (PS4) dalam tempoh hanya 24 jam ia dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. 

Konsol yang menjadi harapan gergasi elektronik itu untuk membangunkan kembali perniagaan elektronik pengguna, mula dijual kelmarin.

 Ketua Sony Computer Entertainment, Andrew House - unit yang bertanggung jawab bagi PlayStation, dalam kenyataannya berkata pihaknya terus mencatat permintaan kukuh peranti berkenaan khususnya di Amerika Utara. 

“Kami menjangkakan sambutan yang sama apabila PS4 dilancarkan di Eropah dan Amerika Latin pada 29 November nanti,” katanya. 

Sony Corp sebelum ini mengumumkan sudah mendapat lebih sejuta tempahan awal bagi konsol itu. 

Justeru, menerusi angka jualan awal itu Sony menghantar isyarat pertama dalam merebut penguasaan pasaran konsol permainan yang turut dikuasai Microsoft Corp menerusi konsol Xbox One apabila ia mula dijual pada 22 November ini. 

Sony turut berharap konsol itu akan dapat membina platform untuk memulihkan kembali operasi elektronik penggunanya yang kini tertekan dengan kerugian. 
Sony menyasarkan untuk menjual lima juta unit PS4 menjelang akhir tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac tahun depan.

Berikut ialah salah satu video tentang kehebatan grafik PS4



- AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan