19 Nov 2013

GAMBAR REMAJA HILANG, IZZAT IZZUDDIN MOHON MAAF PADA IBU


Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang pada awalnya dilaporkan hilang selepas dikatakan masuk ke sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, sejak awal pagi Ahad lalu, ditemui selamat. Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui rakannya di Bandar Datuk Onn pada pagi tadi.
Ibunya, Norhayati Mohamad, 39, berkata beliau dimaklumkan oleh polis mengenai penemuan anaknya itu. Difahamkan orang ramai menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai Izzat selepas berita mengenai kehilangannya dikeluarkan media massa. Selepas memberi keterangan kepada pihak polis mengenai kehilangannya, Mohamad Izzat memohon maaf kepada ibunya.

Mangsa difahamkan bersama rakannya memasuki Villa Nabila awal pagi Ahad sebelum keluar menerusi pintu belakang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumahnya, sebaliknya tidur di rumah rakannya. Susulan kehilangan Izzat (yang tidak pulang ke rumah), keluarganya membuat laporan polis dan kes itu kemudian mendapat perhatian orang ramai yang membuat tanggapan mangsa itu hilang di villa berkenaan dan kononnya `disorok’ penunggu banglo lama berkenaan.
Polis Mohon Agar Henti Sebar Maklumat Palsu Mengenai Berita Kehilangan Remaja Di Villa Nabila
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi. Sehubungan itu beliau berkata orang ramai dinasihatkan menghentikan khabar angin mengenai villa berkenaan kerana menganggu tugasan polis. “Rumah berkenaan adalah milik persendirian jadi kita tak boleh sita. Bagaimanapun kita terpaksa bertindak buat kerja kerana ia mengakibatkan kesesakan teruk di hadapan kediaman itu. Hentikan juga penyebaran di laman sosial. Malah kita akan serahkan kepada SKMM untuk mengambil tindakan kepada pemilik akaun laman sosial yang menyebarkan maklumat palsu,”

- Ammboi.com 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan