Bekas bintang Manchester United ini meledak gol pada minit ke-82 dan 90 permainan.
Ronaldo mencatat 29 gol musim ini dalam 22 perlawanan, selepas merekod 69 gol keseluruhan 2013.
Pemain berusia 28 tahun ini antara menjadi pilihan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA pada anugerah Ballon d'Or Gala di Zurich minggu depan.
"Saya akan hadir pada majlis pengenalan anugerah itu. Masanya makin dekat dan saya tidak mahu memberi apa-apa komen. Apa yang saya boleh katakan, saya akan hadir pada gala tersebut.
"Saya tidak pasti sama ada adil atau tidak saya, Ribery atau Messi menang anugerah itu.
"Saya cuma menjalankan tugas seperti biasa dan membantu Real Madrid dengan menjaringkan gol dalam prestasi terbaik.
"Jika saya menang, ia sesuatu yang bagus, dan jika sebaliknya, saya akan teruskan apa yang dilakukan sekarang.
Sebelum ini Ronaldo mencatat jaringan ke-100 kariernya ketika berada di Manchester United 2008.
Jaringan ke-200 pula ketika Real Madrid menang 2-0 ke atas Valencia pada 2010.
Catatan gol ke-300 Ronaldo ketika menang 1-2 ke atas Granada 2012.

-mStar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan