7 Jan 2014

Dua model baru iPhone 2014

Artikel ini disiarkan pada : 7/1/2014


Apple Inc (AAPL), gigih membangunkan model baru iPhone dengan rekaan cermin lebih besar melengkung, yang boleh mengesan tahap tekanan berbeza. 

Sumber memberitahu, dua model dibangunkan dan dijangka dilancarkan dalam separuh kedua tahun depan, menampilkan rekaan skrin lebih besar tetapi melengkung ke bawah di bahagian bingkainya. 


Rekaan skrin melengkung mengingatkan kepada Samsung Electronics Co, yang mana pada bulan lalu melancarkan Galaxy Round. Rekaan itu juga menampilkan skrin melengkung bagi meletakkan saingannya jauh di belakang berbanding Apple. 

Dengan skrin 4.7 inci dan 5.5 inci, dua model terbaru Apple, semakin menghampiri saiz skrin 5.7 inci Galaxy Note 3, yang dilancarkan Samsung pada September.

Model terbaru itu kini masih dalam peringkat pembangunan dan syarikat itu dijangka melancarkannya pada suku ketiga tahun depan.

iPad Air menjadi rebutan



iPad Air yang mula berada di pasaran minggu lalu mendapat sambutan hangat dan hingga kini peminat barangan keluaran Apple masih beratur mendapatkan iPad Air.

Pelancaran di seluruh dunia bermula di Australia dengan Apple di negara itu mengatakan pada hari pelancarannya sudah ada barisan di luar kedai dan apabila pintu dibuka beberapa ratus orang dilaporkan bersedia berbaris di luar kedai di Sydney.

Di gedung tiga tingkat Apple di Beijing, premis terbesar di Asia, setiap pelanggan disambut dengan sorakan dan tepukan daripada kira-kira 25 kakitangan yang memakai baju biru terang.

Manakala 12 pekerja lain berdiri bersedia untuk tepukan kedua di kaunter tunai di bahagian bawah kedai itu.

Di Singapura, jualan kali ini hambar berbanding pelancaran iPad tahun lalu namun masih melihatkan barisan peminat yang setia untuk menjadi orang pertama mendapatkan iPad Air.

Berat 450 gram

iPad Air adalah lebih nipis daripada versi sebelum ini dengan berat kira-kira 450 gram dan dikatakan memiliki OS yang pantas.

Apple turut mempamerkan versi iPad Mini yang dinaik taraf yang akan mula dijual pada akhir bulan ini dengan memiliki paparan retina.

Kedua-dua model baru itu menampilkan cip A7 dengan pemproses 64-bit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan