Ikrar itu dinyatakan dalam satu persidangan untuk meraih dana di Kuwait, semalam selepas berjuta rakyat Syria terpaksa meninggalkan kediaman disebabkan krisis berpanjangan itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta AS$6.5 bilion dana tahun ini untuk membantu rakyat Syria yang terjejas akibat perang saudara, peruntukan paling terbesar untuk negara yang timpa krisis.
Pegawai berkata, pihaknya tidak mampu mengumpul dana yang sebegitu besar hasil perjumpaan di Kuwait itu namun berharap ia dapat dilakukan dengan komitmen antarabangsa.
“Pertelingkahan di Syria menyebabkan negara itu terkebelakang beberapa tahun, malah berdekad," kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang hadir bagi memulakan persidangan di Istana Bayan, di tengah ibu negara Kuwait.
Emir Kuwait, Sheik Sabah Al Ahmad Al Sabah yang merasmikan persidangan itu mengumumkan sumbangan AS$500 juta sebagai tambahan kepada sumbangan negara anggota OPEC iaitu AS$300 juta tahun lalu.
- AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan