NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pengeluar telefon pintar terkenal, Apple Inc, menafikan dakwaan mengatakan pihaknya terlibat dengan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) bagi mencipta jalan pintas dalam mana-mana produk mereka.
Satu laporan menyebut agensi perisikan telah membangunkan satu sistem menggodam dan memantau iPhone.
Dalam satu kenyataan, Apple menegaskan pihaknya tidak mengetahui berhubung usaha yang mensasarkan produknya itu.
Minggu ini, Germany's Der Spiegel melaporkan agensi rahsia NSA telah membuat alatan dan perisian khusus untuk mengintip dan memantau peralatan komputer termasuk telefon bimbit.
Laporan tersebut merangkumi grafik NSA tahun 2008 yang merangka sistem ‘Dropoutjeep’ yang disifatkan sebagai ‘implan perisian’ yang membenarkan penyeludup menolak dan menarik serta mendapat kembali data dari iPhone seperti senarai kenalan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, NSA tidak memberi sebarang komen terhadap mana-mana tuduhan itu.
“Amerika Syarikat mengejar misi perisikannya dengan hati-hati bagi memastikan bahawa pengguna-pengguna tidak bersalah tidak terjejas,” kata Agensi.
- SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan