Hotel Tergantung Di Puncak Gunung
| Hotel tergantung di puncak gunung ini hanya terdapat di Itali yang
mana ianya diletakkan di tepi cenuram (lereng bukit dan lain-lain yang
curam) puncak gunung Mont Blanc, Itali. Hotel kabin berbentuk silinder itu dihasilkan oleh syarikat Itali, LEAPfactory
dan diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah
itu menggunakan helikopter. Hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung
yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.
Untuk pengetahun anda semua, rekaan hotel
yang mesra alam itu dihasilkan dengan kos mencecah 214,000 pound
(RM1.05 juta). Walaupun ianya nampak kecil, hotel itu mampu dilengkapi
dengan 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap
besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung. Panel solar
diletakkan di atas bumbung untuk memperolehi tenaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan