15 Ogo 2011

Jual martabak , kuih 10 biji RM1 .


SHAHIDA Abdullah (kanan) melayan pelanggan yang mahu membeli martabak di gerai bapanya di bazar Ramadan Stadium               Darulaman, Alor Setar semalam.
ALOR SETAR – Kebiasaan- nya kuih-muih dijual pada harga RM1 untuk tiga biji manakala martabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.
Berbeza dengan bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darulaman di sini, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuihmuih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.
Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih-muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.
“Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,” katanya kepada Bernama.
Nurhayati berkata, walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga RM1 itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.
“Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual,” kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu.






Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan