12 Ogo 2011

150 hidangan untuk dinikmati .


BERTEMAKAN hidangan ala kampung, Restoran Flavors, Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur menjanjikan pelbagai masakan tradisional kampung untuk berbuka puasa.
Bufet Ramadan ini menyajikan lebih 150 hidangan berbeza bermula daripada hidangan salad segar dan kerabu, sup, makanan panas, pencuci mulut yang menyelerakan serta pelbagai minuman menarik untuk menepati selera berbuka puasa. 
Menurut Chef Eksekutifnya, K Manimaran, hidangan ini berbeza berbanding hari biasa kerana mempunyai masakan yang belum pernah diketengahkan dan hanya boleh dinikmati sekali setahun.

“Tidak dinafikan masakan tradisional Melayu mendapat permintaan tinggi untuk sajian berbuka puasa kerana ia pelbagai dan menepati selera semua bangsa.



“Ia memiliki hidangan kerabu dan sambal yang pelbagai jenis serta pilihan ulam-ulaman kampung yang pelbagai,” katanya.


Selain itu, hidangan kambing panggang ala Arab disediakan bagi memenuhi permintaan mereka yang menggemari masakan berkenaan.

Malah, lebih daripada 50 hidangan pencuci mulut menanti penggemar manisan terdiri daripada kuih-muih tradisional tempatan ataupun pastri pelbagai bentuk, warna dan hiasan.

Antaranya aiskrim potong, ais kacang, kek, sago gula melaka, rempeyek, tapai ubi dan pulut, cakar ayam, puding roti, bubur pulut hitam serta bubur kacang hijau.

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai minuman tersedia merangkumi empat jenis pilihan berbeza setiap hari antaranya teh tarik, soya, epal dan sirap bandung.

Selain itu, terdapat lebih 12 gerai disediakan untuk pilihan antaranya gerai nasi beriani gam yang dihidang bersama ayam atau kambing, murtabak, roti canai, bihun, kuetiau dan mi sup, laksa Johor serta masakan bergoreng seperti pisang, keledek dan sukun goreng.

Hidangan bufet berbuka puasa ini berharga RM78++ untuk dewasa dan RM39++ bagi kanak-kanak atau warga emas.

Untuk membuat tempahan, hubungi 03-21413333 sambungan 1271 atau emel kepada fb_sghkl@swissgarden.com.







MyMetro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan