Islam sebagai cara hidup
Sesungguhnya agama yang Allah terima adalah Islam. Maksud Islam ini adalah seperti 'Aman', 'Damai' & 'Tenang'. Ajaran Islam bukannya disebarkan bersama 'pedang' keganasan seperti yang diburukkan oleh Barat. Islam adalah rahmat Allah yang manusia tidak sedar kerana Islam sahaja agama yang diterima Allah.
Agama Islam telah diwariskan kepada bangsa Arab. Sebab itulah bahasa utama ibadahnya dalam bahasa Arab. Walaubagaimanapun penggunaan satu bahasa didalam Ibadah solat atau berdoa melambangkan penyatuan umat melalui satu bahasa.
Tiada paksaaan untuk memeluk Islam
Ayat ini terdapat didalam Al -Quran. Setiap manusia di muka bumi perlu mengetahui kewujudan Islam dimukabumi ini. Walaupun Islam tidak memaksa mana -mana manusia memeluk agama ini, penyelarasan agama Islam mestilah dibuat secara Global.
Apabila Islam disebut di Malaysia, istilah ini lebih berkait rapat dengan orang Melayu. Maka majoriti orang bukan Islam adalah bukan Melayu. Akhirnya apabila orang bukan melayu ingin memeluk Islam telah dikaitkan masuk ke kelompok orang melayu.
Tanggapan ini adalah salah.
Apabila kita ingin menjadi penganut Islam yang setia kepada tuhan, perbezaan bangsa mestilah diketepikan.Agama Islam Islam adalah untuk semua bangsa tanpa mengira warna kulit serta mementingkan penyatuan semua bangsa yang menyembah tuhan yang sama (Allah).
Apabila kita menganuti Islam, kita mesti mengimbangi ibadah kepada Allah & ibadah untuk dunia. Ibadah kepada Allah ialah seperti mengerjakan prinsip -prinsip rukun Islam, rukun Iman & penghayatan Al -Quran.
Ibadah untuk dunia pula adalah seperti berkerja dan berkahwin dalam meneruskan hidup. Agama Islam telah mengingatkan supaya berusaha mengecap kesenangan dan kekayaan untuk hidup. Tetapi ajaran Allah tidak boleh kita ketepikan.
Berbanding dengan agama lain, mereka masih pergi rumah ibadat untuk mengadakan upacara keagamaan. Tetapi ibadat yang di lakukan amat jarang sekali masanya. Mungkin mereka hanya mengingati tuhan pada masa dan ditempat yang tertentu sahaja.
Tidak pula bagi agama Islam, penganutnya mestilah mengingati Allah sepanjang masa. Tidak boleh kita hanya mengingat Allah di rumah atau di masjid.
Sebab itu Islam telah mensyariatkan kepada penganutnya untuk mengerjakan solat 5 waktu (rukun Islam kedua). Solat bukan sahaja boleh dibuat dimasjid tetapi dimana-mana sahaja kawasan yang selamat dan bersih.
Bagi seseorang yang sengaja meninggalkan solat dalam keadaan sihat dan mampu, hukumnya adalah berdosa besar. Melainkan dengan sebab yang tertentu.
Puasa juga wajib ditunaikan kerana ia menahan diri seseorang dari melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Kedua jenis ibadah yang disebutkan adalah antara yang penting dilaksanakan.
Apabila kita mengkaji semula, perlunya ibadah yang kerap supaya kita mengingati Allah di sepanjang hari bermula Subuh (pagi) hinggalah ke Isyak (malam).
Tidak patut mengingati tuhan pada masa dan tempat yang tertentu sahaja seperti yang diamalkan oleh agama Kristian cuma mengingati tuhan dii Gereja dan pada hari Sabtu /hari tertentu.
Tuhan mestilah di ingati sepanjang masa dan bukan sementara!
Mengapa ? -sebab tuhan itu menghidupkan dan mematikan
Kehidupan yang perlu dititik beratkan melalui cara hidup mestilah berlandaskan Al -Quran sepenuhnya. Kesimpulannya, penerimaan Al -Quran mestilah diterima secara total, bukan sebahagian sahaja yang perlu diamalkan.
Mungkin sesetengah penganut Islam menerima ajaran Islam sebagai identiti, dalam masa yang sama ia tidak menerima hukum Islam sebagai tuntutan agama. Alasan mereka, -Tiada paksaan dalam memeluk Islam.
Alasan ini hanya munasabah jika seseorang bukan Islam bertanya tentang agama. Memang tiada paksaan untuk memeluk agama Islam, tetapi apabila kita telahpun Islam semua syariat mesti diikuti samada suka atau tidak.
Islam bukannya agama kuno yang primitif seperti dakwaan sesetengah orang. Setiap hukum yang Allah turunkan menerusi Al -Quran adalah untuk kebaikan manusia sendiri.
Malang sekali apabila Islam dipandang sebagai agama yang bercorak ganas dan kejam. Contohnya hukuman bagi penzina atau perogol menurut Al -Quran, hukuman yang dikenakan ialah direjam / di baling batu sampai mati. Memang manusia yang cetek akalnya akan berkata "kejam".
Jika ia dipandang dari kebaikannya, hukuman ini adalah amaran dari Allah. Apabila hukuman ini dilaksanakan, manusia pasti berfikir dua kali sebelum melakukan maksiat. Penegasan ini sangat penting kerana ia akan mengurangkan masalah jenayah rogol dan zina.
Lihatlah apa yang berlaku hari ini, penzinaan bebas menyebabkan wujudnya pelbagai jenayah seks. Apabila tiadanya keutuhan syariah, semakin galaklah aktiviti perzinaan ini dan kadar ini semakin bertambah.
Begitu juga dengan hukuman bagi orang yang mencuri, mereka ini mesti di potong tangannya bersama saksi yang sah. Memang tidak dinafikan ramai yang bersimpati jika pesalahnya dijatuhi hukuman potong tangan ini.
Mungkin orang ramai berasa kasihan melihat akan nasib si pencuri yang akan atau telah dipotong tangannya. Apabila berasa simpati maka ramailah yang menolak hukuman ini. Apabila hukuman ini di tolak maka sipencuri tidak pula takut mengulanginya.
Tetapi bagaimana pula dengan mangsanya?
Majoritinya mangsa pencuri akan setuju jika penjenayah ini di hukum. Lebih jelas jika dikatakan bahawa mangsa mahu perbuatan dibalas semula dengan hukuman yang setimpal. Bagi mereka (mangsa) tiada lagi simpati untuk pencuri.
Golongan seperti pencuri menyusahkan sahaja kita. Fikirkan semula jika ramai yang bersimpati diatas hukuman mencuri, maka bertambah ramailah menjadi pencuri kerana tidak takut hukumannya.
Hukuman ini telah Allah turunkan untuk keselamatan manusia. Semua hukuman bukannya sengaja dibuat dan direka, hukuman ini adalahsebagai amaran Allah kepada manusia supaya menjauhi kemungkaran atau kejahatan. Allah bukannya kejam kepada hambanya. Setiap hukuman yang ditentukan adalah yang terbaik.
Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana, mengetahui semua perkara yang telah, semasa dan akan berlaku.
Islam tidak terletak dalam soal hukuman syariah sahaja. Ia merangkumi hubungan antara manusia dengan Allah serta manusia, ekonomi, politik dan pendidikan. Penghayatan Islam sangat luas serta membentuk ketamadunan yang seimbang lagi terbaik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan