25 Nov 2013

YASMIN HANI DEDAH GAMBAR DAN NAMA BAYI SULUNGNYA DI INSTAGRAM


Lama juga peminat pelakon dan pengacara Yasmin Hani berteka-teki mengenai nama bayi sulungnya itu. Maklumlah, sejak dilahirkan pada 12 November 2013 lepas, baru semalam Yasmin Hani memberitahu nama anaknya. Sebelum ini bayi itu cuma dikenali dengan panggilan Baby N sahaja.

Menerusi laman Instagram miliknya, Yasmin Hani telah memuat naik gambar anak sulungnya itu disertakan dengan nama penuh untuk Baby N. Yasmin Hani dan suaminya, Sha’arin Razali Wong telah sepakat memilih nama Noah Ismail Wong untuk bayi mereka.


gambar dan nama anak yasmin hani noah 2
Tahniah kepada Yasmin Hani dan Sha’arin. Semoga Noah senantiasa sihat selalu dan membesar sebagai anak yang soleh. Amin .

- ammboi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan