20 Nov 2013

PENJELASAN FIZA SABJAHAN – ISU TUNTUT FASAKH TERHADAP SUAMINYA?


Memetik laporan sebuah akhbar, pengacara program Wanita Hari Ini yang disiarkan di TV3, Fiza Sabjahan telah memfailkan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas mendakwa tidak diberi nafkah sejak berkahwin tiga tahun lalu.

Sebelum ini, Fiza dilaporkan telah memfailkan cerai secara baik daripada Afief Farhan Fauzi pada 1 Ogos lalu namun telah dipinda kepada fasakh selepas tuntutannya mendapat bantahan daripada suaminya itu.

Kes akan disebut di hadapan Hakim Syarie Zainal Abidin Kusmin.

- Currentlife2u

Tiada ulasan:

Catat Ulasan