20 Nov 2013

KERETA MITSUBISHI LANCER NABIL AHMAD DIPECAH MASUK PENJENAYAH


Zaman serba moden ni memang kita kena sentiasa berhati-hati. Sebab zaman jer moden, tapi sesetengah orang tetap tak moden-moden. Masih ada yang melakukan jenayah dan mengganggu ketenteraman masyarakat. Jadi, kalau nak ke mana-mana memang kena sentiasa berjaga-jaga. Contohnya kalau nak parking kenderaan, carilah tempat yang sesuai dan selamat.
Kes pecah kenderaan terbaru melibatkan selebriti yang juga pelakon, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 30. memetik laporan mStar Online, kereta Nabil jenis Mitsubishi Lancer dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin. Kejadian berlaku di Sungai Buloh. Menurut Nabil, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.

“Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah. Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang,” katanya.
Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan. Nabil membuat laporan di Balai Polis Damansara dekat sini sejurus selepas kejadian.

-ammboi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan