6 Sep 2013

Tanda Putera patut jadi minisiri, kata anak bekas TPM






Filem Tanda Putera patut dijadikan rancangan bersiri untuk memaparkan keadaan politik pada zaman latarnya, kata anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman - watak utama dalam filem itu.


Katanya, dalam buku The Reluctant Politician, terdapat banyak fakta berkaitan bapanya yang tidak dimasukkan ke dalam filem itu.



"Ini mungkin memberikan perasaan bahawa filem ini sebuah propaganda," kata Taufiq Ismail dalam forum membincangkan ketepatan faktor sejarah dalamTanda Putera di ibu kota malam tadi.


Taufiq, anak sulung Ismail, menjadi penasihat untuk filem itu, terutamanya yang melibatkan watak bapanya.


Filem itu mengambil latar semasa dan selepas insiden 13 Mei 1969 dan menggambarkan persahabatan Ismail, timbalan perdana menteri ketika itu dan pemimpin nombor satu negara Tun Abdul Razak Hussein. 

MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan