MARCHWOOD, Britain – Seorang suami berusia 51 tahun, Steve Hide
mempunyai tatu yang menceritakan kisah pelanggaran kapal Titanic yang
dicacah di belakang tubuhnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia membelanjakan £3,000 (RM14,441) bagi kos menghasilkan tatu itu
yang memerlukan masa selama 40 jam untuk disiapkan dalam tempoh lima
tahun.
“Apabila saya mula membuat tatu itu lima tahun lalu, saya berhasrat
tatu tersebut dapat disiapkan semasa ulang tahun Titanic ke-100,”
katanya kepada akhbar Southern Daily Echo.
Tatu itu mengisahkan kapal seberat 46,000 tan itu karam pada April
1912 semasa dalam pelayaran dari Southampton, Britain ke New York.
Isterinya, Vivienne, 51, berkata, semasa mereka pergi bercuti dan
Hide tidak memakai baju, ramai orang yang mahu melihat tatu tersebut dan
bergambar dengannya.
Tatu itu dihasilkan oleh Pix Marcin dari kedai Tattooz By Design di Shirley.
“Saya merupakan seorang artis tatu yang profesional selama lima
hingga enam tahun dan saya tidak pernah melihat tatu seperti itu. Ia
amat mengagumkan,” kata Marcin. – Agensi
Kosmo !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan