7 Sep 2011

Ronaldinho wira sebenar Brazil .

LONDON – Ronaldinho memulakan langkah kanan bersama skuad Brazil apabila membantu juara dunia lima kali itu menewaskan Ghana 1-0 pada aksi persahabatan di Craven Cottage awal pagi semalam.
Kemenangan hasil jaringan pertama Leandro Da- miao di pentas antarabangsa itu turut meleraikan tekanan yang dihadapi juru- latih, Mano Menezes.
Penyerang Internacional, Leandro berjaya memberi impak pada penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Brazil apabila menyumbat masuk gol kemenangan pada minit ke-44.
Selepas bermula hambar pada penampilan pertama sejak 10 bulan lalu, Ronaldinho kembali menampilkan corak permainan yang menarik apabila Ghana terpaksa bermain dengan 10 pemain sebaik Daniel Opare diarah keluar padang pada minit ke-34.
Bekas Pemain Terbaik Dunia itu memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan gol tetapi dihalang penjaga gol Ghana, Adam Kwarasey.
Alexandre Pato turut berpeluang untuk menjaringkan gol tetapi percubaannya terkena palang gol pada minit ke-86.
“Ronaldinho adalah pemain yang perlu kami bawa masuk semula dalam pasukan,” kata Menezes.
“Aksi bola sepak antarabangsa hari ini sangat pantas dan dia dilihat sukar untuk menyesuaikan diri pada awal permainan.
“Tetapi dia kembali mendapat rentak dan menampilkan aksi yang baik pada separuh masa kedua.” – Agensi



Kosmo !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan