5 Ogo 2011
Gerard Tersisih
LONDON: Kapten Liverpool, Steven Gerrard mungkin pulih lebih cepat daripada yang dijangkakan berikutan jangkitan groin tapi pengurus Reds, Kenny Dalglish masih menjangkakan pasukannya beraksi tanpa pemain itu hingga bulan depan.
Pemain tengah England itu menghadapi masalah groin musim lalu dan Liverpool mengumumkan minggu lalu dia akan terlepas permulaan kempen musim baru kerana jangkitan yang memerlukan rawatan hospital.
“Steven semakin hampir pulih,” kata Dalglish kelmarin.
“Semua ujian yang dijalani ternyata lebih bagus daripada yang diduga sebelum ini jadi kami gembira buatnya.
“Dia memiliki beberapa berita yang benar-benar positif dan kami akan menanti perkembangannya secara berterusan,” kata bekas pemain antarabangsa Scotland itu. “Namun tarikh yang disebut sebelum ini tidak berubah.” Liverpool melepaskan masing-masing tiga gol dalam lima perlawanan pramusim, termasuk kekalahan di tangan Hull dan Galatasaray, namun Dalglish menjangkakan keputusan berbeza apabila beliau boleh memilih pasukan utama pilihannya.
“Ia mungkin lebih baik tapi kami menerima kehadiran ramai pemain baru.
“Setiap pemain yang berada bersama kami perlu ada peluang beraksi di atas padang. Ketika kami semakin hampir dengan perlawanan menentang Sunderland (perlawanan pertama Liverpool bagi musim baru Liga Perdana) kami akan mengurangkan sedikit pembabitan mereka.” Charlie Adam berharap untuk meraih tempatnya di bahagian tengah selepas akhirnya dibenarkan untuk menyertai Liverpool dari kelab berdekatan, Blackpool.
Pasukan Seasiders itu menghalang perpindahan pemain itu Januari lalu ketika mereka bergelut untuk memastikan kekal di Liga Perdana dan Adam bimbang peluangnya untuk berhijrah ke Anfield terpadam.
“Apabila anda berada di sebuah kelab yang bertarung untuk kekal anda tahu memang sukar untuk diberi peluang meninggalkan mereka,” kata Adam.
“Situasinya saya mahu ke kelab besar seperti ini. Blackpool membuat keputusan saya tidak boleh pergi dan saya terpaksa menghormatinya.” - AFP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan