LONDON - Lagenda Manchester United, Eric Cantona mendesak agar bekas kelabnya merealisasikan perpindahan sensasi bintang Inter Milan, Wesley Sneijder ke Old Trafford.
Contona berkata: "Aksinya di padang mengingatkan gaya saya ketika saya beraksi."
Difahamkan, bintang Belanda itu sudah memutuskan tidak mahu beraksi lagi di Serie A dan bakal memecahkan rekod perpindahan untuk menjadi pemain United.
Cantona menambah: "Sneijder merupakan pemain yang menakjubkan. Kehadirannya di dalam pasukan pasti menjadikan lebih hebat."
Cantona yang berasal dari Perancis kembali ke Old Trafford selepas 14 tahun meninggalkan The Red Devils untuk perlawanan terakhir Paul Scholes sebelum bekas pemain tengah England itu menggantung but.
Bekas penyerang United itu menyokong kehadiran Sneijder berusia 27 tahun sambil menyifatkan yang dia mampu menggantikan kredibiliti Scholes.
"Sneijder merupakan 'keperluan' untuk kelab hebat seperti United. Tiada pemain hebat sepertinya sekarang. Dia kuat dan kadangkala mengingatkan kembali (melihat gaya Sneijder) dengan gaya saya bermain," ujar Cantona yang turut mengakui dirinya merupakan pemain terbaik dalam sejarah United sepanjang beliau berada di kelab itu.
Bagaimanapun, Inter Milan menafikan yang bintangnya akan dilepaskan ke England, seba- liknya Sneijder bakal beraksi dalam perlawa- nan Piala Super menentang skuad AC Milan di Beijing.
Ketua Pegawai Eksekutif Inter, Ernesto Paolilli berkata semalam: "Sneijder akan kekal di sini dan dia merupakan pemain penting untuk pasukan kami."
Jurulatih Inter, Gian Piero Gasperini berkata awal minggu lalu: "Dia akan berlatih ber- sama kami dan (dia) akan beraksi pada Sabtu ini. Tiada apa masalah (berhubung perpindahan) Sneijder."
United masih berpeluang untuk memastikan perpindahan ini berjaya dilaksanakan sehingga akhir hujung bulan ini.
Sneijder yang menafikan untuk berhijrah ke Juara Liga England minggu lalu, yang memperolehi gaji mingguan £250,000 (RM1,219,320) di Inter berkata:
"Ia akan sentiasa mempunyai peluang untuk sesuatu yang terjadi tetapi kita akan melihat- nya nanti." - Agensi
Kosmo !
Kosmo !

Tiada ulasan:
Catat Ulasan