17 Jan 2014

Messi cemerlang, Neymar cedera

Artikel ini disiarkan pada : 17/1/2014


MADRID: Lionel Messi menjaringkan dua gol dalam aksi pertama beliau tahun ini untuk membantu Barcelona menewaskan Getafe 2-0 pada perlawanan timbal balik kedua Copa del Rey peringkat 16 pasukan untuk mara dengan agregat 6-0.

Bagaimanapun, kegembiraan pasukan Catalans itu tercalar apabila Neymar terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan buku lali hanya selepas 23 minit beraksi.

  Pengurus Barca, Gerardo Martino, bagaimanapun berkata kecederaan pemain dari Brazil itu tidak seteruk seperti yang dipaparkan dalam siaran televisyen. 



“Biarkan doktor yang menyatakan lama mana beliau tidak dapat bermain tetapi kami tidak rasa ia satu tempoh yang lama," katanya.

 - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan