15 Jan 2014

Jenazah pelajar UNIMAS yang ditemui mati tiba di Pulau Pinang

Artikel ini disiarkan pada : 15/1/2014


GEORGETOWN: Jenazah pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang ditemui mati dalam parit berhampiran universiti itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 10.20 malam, sebentar tadi.

Jenazah Siti Najwa Atiqah Azhar, 19, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Mengkung, Bukit Mertajam, malam ini.

  Siti Najwa Atiqah sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terapung di dalam parit berhampiran universiti berkenaan oleh penduduk yang terbabit dalam operasi mencari mangsa.

Anak ketiga daripada empat beradik itu dilaporkan hilang dipercayai sejak 11 hari lalu adalah pelajar semester pertama Fakulti Sains Sosial.

- BH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan