7 Jan 2014

Ford Rancang Buka 8 Pusat Service Quick Lane Di Malaysia

Artikel ini disiarkan pada : 7/1/2014


KUALA LUMPUR: Ford Motor Co merancang melancarkan lapan pusat servis Quick Lane tahun depan untuk mengembangkan rangkaian perkhidmatan pelanggannya di Malaysia.

Pusat servis itu akan terletak dalam atau berdekatan kemudahan wakil pengedar sedia ada Ford, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kemudahan Quick Lane itu dikhususkan bagi operasi servis segera untuk mengendalikan penyelenggaraan rutin kenderaan dan pembaikan kecil dengan cepat yang termasuk penukaran minyak dan penapis, sistem brek, pembaikan kecil sistem ekzos, penalaan dan penjajaran.

"Pelanggan tidak perlu membuat temu janji dan boleh menunggu ketika kenderaan mereka diservis," kata syarikat itu.

Di Amerika Syarikat, kemudahan Quick Lane membantu mengurangkan purata masa menunggu daripada lebih sejam kepada kurang daripada 30 minit, kata Ford.

Syarikat itu juga merancang menambah bilik pameran ke lebih 50 lokasi di seluruh negara tahun depan.


 -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan