7 Jan 2014

Bekas PM Singapura Terima Anugerah Kehormat Daripada Presiden Rusia

Artikel ini disiarkan pada : 7/1/2014


SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dianugerahi 'Order of Honour' oleh Presiden Rusia Vladimir Putin atas sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Singapura dan Rusia.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Singapura, Lee dianugerah pada 10 Septlepas namun penyampaiannya berlangsung di sini Isnin.


Anugerah itu disampaikan oleh Duta Rusia ke Singapura Leonid Moiseev kepada Lee dalam satu majlis di Istana, kata kenyataan tersebut.

Anugerah itu juga bersempena ulang tahun ke-90 Lee. 


- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan