19 Dis 2013

10 Haiwan Terpantas Di Dunia .

Artikel ini disiarkan pada : 19/12/2013


Kedudukan 10 Haiwan terpantas di dunia mengikut kepantasan lariannya adalah seperti berikut :-


Top 1 Haiwan Terpantas di dunia - CHEETAH

Cheetah mendominasi carta Top 1 sebagai haiwan terpantas di dunia yang mana haiwan ini cuma mengambil masa 0 hingga 3saat sahaja untuk mencapai kelajuan larian 110km/jam. Wah hebat Cheetah ini, untuk makluman anda Haiwan ini mampu mencapai kelajuan 112km/jam hingga120 km/jam pada jarak 460 m (500 yard). Awas ! dengan hanya menuggang motosikal belum tentu anda selamat.


Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia cheetah


Top 2 Haiwan Terpantas di dunia - ANTELOP

Kenalkah anda dengan haiwan ini? Haiwan ini pula di rekodkan di kedudukan Top 2 sebagai haiwan terpantas di dunia. Antelop ini adalah haiwan yang begitu sukar untuk mengukur kepantasannya kerana ianya berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing, namun kepantasan purata yang di rekodkan adalah 61 Mil/jam bersamaan 80Km/jam. Hebat ! kerana haiwan ini mampu memecut lebih lama kerana Antelop ini di sokong oleh ruang paru-paru dan jantung yang besar.

Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia antelop


Top 3 Haiwan Terpantas di dunia - WILDEBEEST

Wildebeest, kebiasaannya haiwan ini mudah di temui di Afrika, seringkali menjadi mangsa buaya apabila turun ke lopak-lopak air untuk meninum air. Tahukah anda haiwan ini hidup bergantung kepada kepantasanya? dan kerana itulah ianya di rekodkan sebagai Top 3 haiwan terpantas di dunia. Wildebeest ini juga di gemari oleh pemangsa tegar iaitu Kucing Besar (spesis harimau). Kepantasan larian haiwan ini adalah 50Mil/jam bersamaan 80Km/jam.

Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia wildebeest


Top 4 Haiwan Terpantas di dunia - SINGA

Top 4 haiwan terpantas di dunia adalah Singa. Siapa tidak mengenali haiwan ini? dialah raja segala haiwan di belantara. Kepantasannya boleh mencecah 50Mil/jam bersamaan 80Km/jamtetapi bergantung kepada emosinya. Apa yang menarik tentang haiwan ini adalah, Singa betina selaku pemburu mangsa dan yang jantan cuma pandai makan. Bukan pemalas akan tetapi itulah lumrahnya.

Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia singa


Top 5 Haiwan Terpantas di dunia - RUSA THOMPSON

50Mil/jam bersamaan 80Km/jam itulah purata kelajuaan haiwan ini. Rusa Thompson atau di Malaysia di gelar Kijang di percayai antara Rusa yang terbaik antara yang terbaik di kalangan spesisnya kerana rupa bentuk fizikalnya, kepantasannya dan juga kecerdikannya. Nama Haiwan ini di ambil sempena nama orang pertama menemuinya iaitu Joseph thompson

Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia rusa thompsom


Top 6 Haiwan Terpantas di dunia - KUDA

Rasanya tak perlu penulis perkenalkan haiwan ini. Siapa tidak mengenali haiwan yang di panggil Kuda (Quarter Horse) ini. Sesuai dengan bentuk fizikalnya haiwan ini boleh mencapai kepantasan 47.5Mil/jam bersamaan 76Km/jam. Kuda ini mendominasi carta top 6 sebagai haiwan terpantas di dunia.

Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia kuda


Top 7 Haiwan Terpantas di dunia - RUSA BESAR

Manakala haiwan terpantas di dunia bagi carta top 7 adalah RUSA BESAR, haiwan ini dianggap sebagai rusa kedua terbesar di dunia, dan juga salah satu mamalia terbesar di Amerika utara dan Asia timur. Kebanyakkan haiwan pemangsa seringkali mengabaikan Rusa ini kerana saiz badannya terlalu besar. Walaupun besar namun ianya di nobatkan sebagai haiwan terpantas di dunia di Top 7 yang mana kelajuan haiwan ini mencapai 46Mil/jam bersamaan 73.6Km/jam.

Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia rusa besar



Top 8 Haiwan Terpantas di dunia - ANJING PEMBURU

Teknik pemangsa Anjing Pemburu ini bergerak secara berkumpulan dan akan menyerang secara bergilir-gilir bagi melemahkan mangsa. Haiwan di Top 8 ini menggunakan kecerdikkan dan kepantasan serta keganasannya dalam memburu mangsa. Kepantasan Anjing Pemburu ini mencecah kepantasan larian sehingga 45Mil/jam bersamaan 72Km/jam.

Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia anjing pemburu



Top 9 Haiwan Terpantas di dunia - COYOTE

Pernah menonton cerita kartun "Road Runner" ? dalam siri kartun itu yang memegang watak penjahat adalah Haiwan ini, iaitu Coyote. Haiwan ini juga memburu secara berkumpulan dan pemanging. Coyote lincah dalam berburu haiwan-haiwan kecil seperti tikus, tupai dan juga haiwan ternakan termasuklah rusa. Haiwan Top 9 terpantas di dunia ini mencatatkan kepantasan 43Mil/jam bersamaan 68.8Km/jam.

Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia coyote


Top 10 Haiwan Terpantas di dunia - RUBAH

Top 10 haiwan terpantas di dunia mencatatkan kepantasan 42Mil/jam bersamaan 67.2 Km/jamadalah Rubah. Masih lagi spesis anjing akan tetapi Rubah ini mencari haiwan-haiwan kecil sebagai mangsanya seperti tikus dan juga burung-burung. Haiwan ini bukan sahaja memakan daging bahkan juga sayur-sayuran.

Top 10 Haiwan Terpantas Di Dunia Rubah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan