21 Nov 2013

REMAJA MABUK SAMPAI KE PARIS?


Macam-macam hal boleh berlaku bila mabuk. Ada yang hilang akal melakukan jenayah dan ada yang boleh bertindak kejam bila kewarasan dikuasai minuman keras berkenaan. Namun lain pula yang berlaku kepada seorang remaja. Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja Manchester tidak menyedari dia membeli tiket penerbangan ke luar negara. Dia kemudiannya kembali waras keesokan hari namun ketika itu sudah berada di Paris, Perancis.
Memetik sumber berita myMetro, Luke Harding dilaporkan membuat tempahan penerbangan ke Paris pada saat-saat akhir dalam keadaan mabuk. Harding juga secara tidak sedar menaiki teksi ke lapangan terbang selepas menghantar rakannya pulang. Ketika rakan lain lena di kediaman masing-masing, Harding, 19, tertidur di tandas lapangan terbang di Paris.

Beberapa jam sebelum itu ketika dalam keadaan mabuk, Harding menyatakan keinginannya menyaksikanMenara Eiffel. Tanpa disedari dan dijangka sesiapa dia secara tidak sedar menempah penerbangan ke Paris pada awal pagi. Apabila terjaga dari tidur, dia terkejut kerana mendapati dirinya berada di dalam tandas di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris.
Harding mengejutkan rakannya apabila dia menghantar tweet kepada rakannya dari Paris walaupun beberapa jam sebelum itu mereka berpesta di Oldham City. Remaja terbabit yang memuat turun fotonya dari Arc de Triomphe dan Menara Eiffel kemudian menjadi sensasi di Twitter.

- myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan