21 Nov 2013

EKSLUSIF! ELLA JELASKAN ISU HAMIL


EKSLUSIF! ELLA JELASKAN ISU HAMIL | Ratu rock Ella menepis dakwaan sesetengahpihak yang mengatakan dia sudah hamil sebaliknya mengalami radang apendiks dan telah menjalani rawatan apendisektomi.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, berkata, dia telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri di sini dan sedang dalam proses pemulihan.


“Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu,” katanya.


Ella ditemui pada pertandingan akhir Ratu Rania di Studio 2, Astro Bukit Jalil di sini malam Rabu.
Tambah Ella, bagaimanapun dia menyifatkan sangkaan beberapa pihak mengenai kehamilannya itu sekadar mengambil berat terhadapnya.

Dalam pada itu, Ella tidak menolak dia masih berharap agar rumah tangganya dan suami, Azhar Ghazali segera dimeriahkan dengan kehadiran cahaya mata agar kehidupan berkeluarga menjadi lebih sempurna.
Sabar yea Ella, insyallah kalau ada rezeki tak kemana. Dan buat peminat, jangan hanya mengutuk atau menuduh sesuatu tanpa kenyataan dari tuan badan. Seeloknya doakan sahaja kebaikan buat mereka.

- abgteror



Tiada ulasan:

Catat Ulasan