6 Sep 2013

Andainya Rita Berkahwin Lain

Aidil - Andainya Rita Berkahwin Lain, Jaga maruah Dan Jangan Aibkan Suami Lagi 

Setelah bertahun naik turun mahkamah memberi keterangan tentang isu rumah tangga mereka, akhirnya semalam pihak mahkamah memutuskan penceraian Aidil Zafuan dan Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah sah.

Aidil Zafuan yang ditemui pihak wartawan selepas keputusan mahkamah itu mengakui sedih dengan penceraian ini tetapi tetap merasa terkilan dengan sikap Rita Rudaini yang sering memburukkan namanya melalui media sosial.

“Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami,” ujar Aidil Zafuan, semalam.


- Admin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan