10 Ogo 2011

Zuhal , planet tercantik !


Zuhal dikelilingi gelang-gelang besar yang menjadikannva planet tercantik di Sistem Suria. Gelang planet-planet yang lain tidak sebesar atau seterang Zuhal. Zuhal mempunyai 20 bulan.

Fakta-fakta mengenai Zuhal

 Garis pusat
120,000 km
Jisim
95 kali dari Bumi
Jarak dari Matahari
1,427 juta km
Tempoh putaran
10 jam, 40 minit
Tempoh edaran
29.5 tahun
Kecondongan paksi
27°
Graviti di permukaan
1.2 kali dari Bumi
Suhu
180°C
Atmosfera
hidrogen, helium
Bilangan bulan
kemungkinan 23
Planet ini kedua terbesar selepas Musytari. la juga berputar dengan pantas. Ini menjadikan bahagian tengahnya kelihatan lebih rnembonjol daripada Musytari
Zuhal kelihatan di langit malam. la kelihatan seperti bintang yang terang. Alat duga angkasa Voyager dan Pioneer pernah melintasi Zuhal dan menghantar balik gambar-gainbar yang jelas

Di dalam planet

Selain daripada perbezaan gelang yang luas, Zuhal kelihatan seperti Musytari. Jalur-jalur awan ribut mengelilingi planet itu. la lebih laju daripada gelang-gelangyang mengelilingi Musytari. Angin kencang meniup awan itu pada kelajuan sehingga 1,800 km sejam.
Awannva terbentuk daripada lapisanlapisan berwarna tetapi tidak seterang Musytari kerana atmosferanya berkabut. Di celah jalur-jalur terdapat tompok-tompok besar dan salah satu ialah Big Bertha! Tompoknya tidaa yang sebesar Tompok Merah Besar di Musytari.


Zuhal kelihatan seperti Musytari di bawah awan-awan itu. la diliputi oleh lautan hidrogen cecair yang panas. Saiz teras batu di pusatnya hampir sama dengan Bumi. Zuhal terbentuk kebanyakannya daripada gas hidrogen yang ringan, oleh itu planet ini kurang padat berbanding dengan yang lain. Kandungannya tidak terhimpit sangat. Ini bermakna jika Zuhal diletakkan dalam air, is akan terapung!

Lintasan Zuhal di angkasa

Gelang-gelang Zuhal boleh dilihat dengan jelas menerusi teleskop tetapi adakala, ia lenyap dari pandangan. Ini kerana kecondongan paksi Zuhal.
Voyager mengambil gambar Zuhal dan gelang-gelangnya. Ia menunjukkan jalur-jalur terang dan gelap menandakan gas-gas yang terdapat di atmosfera planet


Zuhal mengambil hampir 30 tahun untuk membuat sepusingan mengelilingi Matahari. Ketika bergerak, pandangan kita terhadap planet itu berubah. Ini keranasemasa Zuhal mengorbit, planet kelihatan condong. Separuh daripada bahagian atas atau bawah menghala ke arah kita. Oleh itu, is kelihatan tegak.


Semasa planet condong, gelang dapat dilihat sepenuhnya tetapi apabila planet tegak semula, hanya kelihatan hujung gelang. Gelang-gelang itu sangat halus dan seolah-olah lenyap dari pandangan.






Kredit: www.al - azim.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan