6 Ogo 2011

Sederhana ketika berbuka .

Sudah menjadi kebiasaan jika kita membeli juadah berbuka berkoyan-koyan. Kadang-kadang yang makan nya seorang, tapi beli macam nak makan 4 orang.

Kesudahannya apa?. Bila perut dah kenyang sangat sampai ke sahur la jawabnya makanan tu. Jika waktu bersahur pun tak habis juga alamat ke tong sampah la jawabnya makanan tu.

Ha kan dah membazir. Ikut siapa ni suka membazir? kan ke lagi bagus kalau sedekah je makanan yang banyak-banyak tu dekat jiran yang kurang berkemampuan. Kalau dah jiran semua kaya-kaya bawa je pergi tarawikh kongsi makanan tu lepas solat tarawikh.

Pokoknya bersederhana la kita semasa membeli juadah berbuka. Ingat kita makan hanya untuk teruskan hidup. Bukannya hidup untuk teruskan makan. Fikir-fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan