MANCHESTER - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney berhajat memulakan kempen musim baharu dengan 'ledakan' ketika berdepan Manchester City pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley malam esok.
Menurut Rooney, pertembungan dengan musuh setempat mereka itu bakal menjadi 'latihan' pramusim tambahan kepadanya bagi mengharungi saingan Liga Perdana England musim ini.
"Kamu tidak akan mendapat motivasi tambahan untuk memulakan saingan musim baharu dengan lebih agresif selain bertemu pasukan musuh tradisi.
"Ia satu perlawanan latihan pramusim terbaik setelah kami bekerja keras sebe- lum saingan sebenar bermula.
"Beraksi menentang City pada aksi Pe- risai Komuniti merupakan sesuatu yang terbaik untuk memulakan kempen musim ini.
"Pada mulanya saya tak perasan perkara ini sehinggalah pada satu malam, saya membuka televisyen dan seseorang telah bercakap tentang potensi ia akan menjadi aksi terbaik Perisai Komuniti sepanjang zaman," kata Rooney.
Pertembungan malam esok turut bakal menjadi pertemuan ulangan kedua-dua pasukan di Wembley setelah jaringan tunggal Yaya Toure membolehkan City menewaskan United 1-0 pada aksi sepa- ruh akhir Piala FA, April lalu.
Rooney bagaimanapun mengakui bahawa City yang menamatkan saingan di tangga ketiga musim lalu tampak penca- bar terkuat mereka untuk musim ini ber- ikutan kehadiran dua pemain baharu, Sergio Aguero dan Gael Clichy.
"Mereka membawa masuk nama-nama besar tetapi kami tak perlu terlalu menum- pukan perhatian terhadap mereka, lebih baik kami tumpu kepada kerja kami.
"Kami mempunyai sasaran untuk menjuarai Liga Perdana England, Liga Juara- Juara serta Piala FA dan Piala Liga.
"Tetapi City, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan mungkin Tottenham akan turut sama memikirkan sasaran memenangi mana-mana kejuaraan tersebut.
"Jadi apa yang perlu kami lakukan ialah untuk terus mempertingkatkan prestasi dan berusaha mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu," jelas Rooney. - Agensi
Kosmo !
Kosmo !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan