14 Ogo 2011

Bob Lokman dah jadi ustaz .


SUDAH banyak kali telinga nipis Diva dengar cerita kurang gula tentang selebriti Bob Lokman. Dia kini sudah banyak berubah. Soal imej Islamik Bob rasanya ramai yang sudah sedia maklum.
Syukurlah. Jika itu yang Bob rasakan, maka lebih baik untuk dia dan keluarganya, peminat dan masyarakat seharusnya memberi sokongan. Bob sekarang pun sudah banyak dijemput untuk memberi ceramah di sana sini, berkongsi cerita serta peralihan fasa hidup yang sedang dijalaninya.
Bukan Bob seorang, gitaris terkenal Sham Kamikaze juga sudah menjadi penceramah bebas sekarang. Okeylah tu.
Cuma satu benda sahaja yang Diva rasa pelik pasal Bob, sebab ada mulut-mulut bersuara kononnya Bob sekarang dibahasakan sebagai ustaz, tak boleh panggil sekadar nama Bob Lokman sahaja.
Eh, biar benar. Bila pula Bob jadi ustaz, dan kalaupun sudah taubat nasuha tak semestinya seseorang itu harus dipanggil dengan gelaran ustaz.
“Betul Va, aku sendiri diberitahu salah seorang jemaah masjid yang hadir sewaktu Bob Lokman hendak menyampaikan ceramah, orang-orang di sekitar sudah menyebut nama Bob sebagai ustaz. Bila pula dia jadi ustaz?” soal sumber Diva itu tercengang-cengang.
Bagi Diva, mungkin itulah resam orang kita, yang berjubah berjanggut dan berkopiah adalah ustaz dan berjaket kulit seluar jeans dan bertopi pula malaun.
Diva: Mahu dipanggil sayang oleh yang tersayang sahaja.


2 ulasan: